Baca : SUMBER ....
Doa Untuk Tinggalkan Maksiat. Maksiat secara amnya bermaksud mengerjakan apa yang dilarang oleh Allah SWT dan tidak mematuhi suruhanNya. Meninggalkan solat pun dalam kategori maksiat tau.. renung-renungkanlah! Oleh sebab itu kita digalakkan untuk bersungguh-sungguh mencari keredhaan dan keampunan Allah dalam apa saja yang kita lakukan.
Jangan sesekali kamu berasa lazat untuk melakukan maksiat sedangkan kamu telah berjanji di Luh Mahfuz untuk mengabdikan diri beribadah kepada Allah SWT. Lupakah akan janjimu? Jika terlupa, ingatlah.. sedarlah sekarang. Semuanya belum terlambat.
"Ketika kamu sudah letih melakukan maksiat. Kamu bertaubat, kemudian mengulangi maksiat tersebut, kemudian bertaubat lagi, kemudian mengulanginya maka amalkanlah doa ini..”
Doa Waliyullah Sheikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah.
اللَّÙ‡ُÙ…َّ ØَرِّÙ…ْÙ†ِÙŠ Ù„َØ°َّØ©َ Ù…َعْصِÛŒَتِÙƒَ، ÙˆَارْزُÙ‚ْÙ†ِÙŠ Ù„َØ°َّØ©َ Ø·َاعَتِÙƒَ.
"Allahumma Harrimni Lazzata Ma'siyatika, Warzuqni Lazzata Too'atika
Maksudnya:
Ya Allah, Haramkan ke atasku merasa Lazat akan melakukan Maksiat kepadaMu, dan Kurniakan aku rasa Lazat akan melakukan ketaatan kepadaMu "
Amalkanlah. Moga Allah mencabut kelazatan bermaksiat pada diri kita. Amalkan pada bila-bila masa kamu terlintas untuk berdoa, yang sebaiknya selepas solat fardhu.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.