Baca : GAMBAR LOKASI ....
Lepas Geram Makan Lamb Chop Sedap Dan Harga Berpatutan. Saya rasa dah setahun jugak tak makan lamb chop. Sejak covid-19 melanda seluruh dunia, kita pun dah tak boleh makan kat luar. Sejak itu lah tak ada order lamb chop. Lamb chop sedap di makan ketika panas. Bila dah sejuk lain macam pulak 😅😅
Makan berdua dengan bujang sulung sebab si adik dah balik asrama dan ayahnya pula tengok bola, piala FA akhir antara JDT Terengganu FC. So, kita berdua je la..
Air kopi 3 layer yang kaw!. Pekat, manis dan harum bau kopi dia. Lapisan bawah sekali adalah gula merah. Kita kena kacau sampai rasa manisnya agak sekata. Harga secawan gelas besar tu RM5.90.
Manakala, anak bujang order nasi goreng chicken chop harganya RM11.90. Sedap juga dan portion chicken chop dia besar. Dengan happynya dia makan.. almaklum dah setahun tak makan masakan orang Malaysia.
Kuah black pepper dia pun sedap sesuai dengan citarasa kita orang.
Lagi pula, makanan sampai amat cepat hinggakan tak sempat nak ambil gambar air apple jus anak punya. Terkejut la jugak, kerana ini first time order makanan dengan servis terbaik!
Rasanya dia orang sentiasa standby apa menu masuk kut.. hehe
Selamat menjamu selera 😍
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.