Lunch Sambil Servis Kereta. Lunch yang dah terlewat. Appointment servis kereta pukul 2.00 petang. Almaklum pintu kereta Black Knight (Civic) ku itu dah lama merajuk. Dah cuba hantar kat mana-mana bengkel berdekatan namun semua ditolak. Katanya kena hantar kat Honda Body & Paint. Kena waktu yang sesuai barulah ada peluang fix kan pintu kereta tu..
Kami order nasi ayam goreng sotong sambal dan nasi goreng special. Air saya tentulah bandung laici. Segarnya dapat hirup secawan air sejuk dan sedap rasanya.
Gambar nasi goreng special yang mana lauknya ikan siakap goreng 2 ketul bersama telur mata dan keropok. Harga sepinggan RM15.00.
Ok. Tempat lunch kita orang berdepan dengan pusat servis kereta kami. Kawasan kedai baru dan kerusi meja pun nampak baru. Waktu kami sampai dah pukul 2.40 petang, jadi banyak menu dah sold out contohnya asam pedas ikan sembilang dan ekor ikan siakap.
Kereta Civic kami siap diservis pada bahagian pintu depan dan belakang lebih kurang pukul 3.40 petang. Proses yang dipanggil re-alignment itu tak mahal sangat dan selesai masalah pintu kami yang sebelum ini susah ditutup.
Perut dah kenyang dan cuaca agak mendung menyebabkan mata mudah megantuk. Marilah kita pulang dan berehat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.