Kami nak share kelebihan Selawat Tafrijiyah
Juga dikenali sebagai Selawat Kamilah atau Selawat Nariyah yang bermaksud sempurna atau terbuka. Maksud sempurna dan terbuka adalah jika diizinkan Allah, segala kesempitan akan hilang atau terbuka luas untuk keluar darinya. Sebagai umat islam, kita hendaklah yakin bahawa janji Allah itu pasti.
Jika kita mahukan kehidupan seharian yang sempurna, lancar tanpa sebarang masalah atau gangguan atau bersaing secara sihat dalam apa jua hal dalam kehidupan ini, ada baiknya mengamalkan Selawat Tafrijiyah.
Selawat Tafrijiyah Dalam Rumi
- Allahumma solli solatan kamilatan
- Wasalim sallaman taammaa
- A’laa saidina muhammadinil lazi
- tanhallubihil u’kadu
- Watanfariju bihil kurobu
- Watukdho bihil hawa iju
- Watunaalu bihirro gha’ ib-u
- Wahusnu khawaa timi
- Wayustasqhol ghomaamu
- biwajhihil karim
- Wa ala alihi wasah bihi
- fi kulli lamhatim wanafasim
- Bi’ adadi kulli mak’lu mim lakh
Fadhilat Selawat Kamilah / Tafrijiyah
1. Allah akan melenyapkan kesulitan, kesusahan, kesedihan, serta bahaya yang menimpa dirinya
2. Dipermudahkan oleh Allah segala urusannya dalam penghidupan.
3. Diberi ketinggian darjatnya dan dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya.
4. Suaranya didengari manakala idea dan pendapatnya diterima pakai oleh ramai orang.
5. Dilindungi Allah dari segala bencana dan mara bahaya.
6. Disukai, disenangi dan dicintai oleh semua orang.
7. Allah makbulkan apa yang dihajatinya.
8. Dimurahkan rezeki, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
~
Imam ad-Dainuri R.A
Jom sama-sama kita amalkan 😊
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua 🥰
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.