Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Siksaan Neraka Yang Mengerikan

Neraka yang mengerikan. Tak siapa hidupnya memilih sengaja nak masuk neraka. Setiap muslim akan berdoa untuk dijauhkan dari api neraka dan di masukkan ke dalam syurga. Maka, itulah senjata ampuh yang kita sentiasa kena pegang iaitu DOA untuk di terima masuk ke dalam syurga. Jangan sombong kata "kubur masing-masing." Sepatutnya kita minta orang lain untuk doakan kita sama-sama masuk ke dalam syurga Allah.

Siksaan Neraka Yang Mengerikan

SIKSAAN NERAKA YANG MENGERIKAN

 
Firman Allah SWT di dalam Surah An - Nisa' ayat 59 yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasulullah dan kepada 'ulil amri' (orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-quran) dan (Al-sunnah) rasulnya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yand demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih iluk pula kesudahannya".
 
1. Bertaqwa kepada Allah SWT.
 
2. Sebagai umat Islam kita wajib percaya akan kewujudan syurga dan neraka. Syurga merupakan tempat kebahagiaan yang kekal abadi bagi mereka yang taat pada perintah Allah. Neraka merupakan seburuk-buruk tempat yang abadi bagi mereka yang kufur dan ingkar pada perintah Allah.

3. Kedahsyatan siksaan neraka amatlah menakutkan kerana sesaat berada di neraka akan membuat seseorang melupakan seluruh kenikmatan di dunia. Panasnya api neraka yang digunakan untuk membakar mereka yang mengingkari Allah melebihi panasnya api di dunia berpuluh-puluh kali ganda.

4. Warna dan sifat api neraka juga berbeza dengan api di dunia kerana api neraka telah dinyalakan ribuan tahun lamanya sehingga warnanya berubah dan menjadi sangat menyeramkan.
 
5. Sebagai hamba Allah kita perlu menilai kepanasan api neraka dengan membandingkan api yang paling panas di dunia dan sudah pasti api neraka lebih panas dari itu dan bayangkan kesakitan yang tidak terkira bagi orang yang berada di dalamnya.
 
6. Setiap ahli neraka akan menerima azab sesuai dengan amalan mereka di dunia. Orang yang paling berani menentang hukum Allah semasa di dunia akan menerima azab paling besar di neraka. Ahli neraka yang paling ringan siksaannya ialah orang yang dipakaikan selipar api di kakinya yang mana kepanasan itu membuat otaknya mendidih.

7. Para penghuni neraka tidak akan bertahan dengan siksaannya dan merayu agar dapat diakhiri penderitaan tersebut. Mereka sanggup dimusnahkan dari terus disiksa.
 
8. Ingatlah kepedihan siksaan neraka tidak terjangka oleh pemikiran akal manusia. Sepedih manapun kesakitan yang pernah kita rasakan di dunia adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan kepedihan yang dirasakan oleh ahli neraka. 

Oleh itu marilah kita sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah kerana hanya orang-orang yang beriman dan bertakwa yang akan terselamat dari terjerumus ke dalam api neraka. 

Waallahu’lam.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close