Idea Menu Masakan Kampung Untuk Makan Tengahari. Hari-hari kena fikir nak makan apa untuk lunch, dinner atau breakfast. Adakah kita hidup untuk makan? Atau makan untuk hidup? Entahlah.. apa yang penting bersyukurlah sebab kita masih boleh makan dan minum dengan aman dalam negara sendiri. Betul tak Tak ada idea nak masak apa untuk lunch @ makan tengahari? Jom lihat pelbagai idea masakan kampung untuk korang cuba.. dari berbagai negeri di Malaysia.
Idea dan gambar menu masakan kampung yang dikongsikan adalah idea dari kalangan rakan kita yang disiarkan dalam media online. Jadi, mana-mana idea masakan kampung yang korang suka.. boleh lah cuba buat ya..
1. Ikan Singgang, ikan bakar dengan ulaman
Menu lunch paling simple dan disukai iaitu ikan singgang. Ada ulaman dan juga ikan bakar. Makan tak toleh kiri kanan ni 😁
2. Kari ikan dengan sayuran campur
3. Ikan goreng, tempe goreng dengan sambal belacan, serta sup jagung
Kalau anda penggemar sambal belacan, makan tengahari mesti makan untuk malam sekali.. Hehe
4. Ikan kari, telur dadar dengan kobis tumis
5. Kari ikan dengan sambal tempe goreng
Urap dimakan bersama nasi putih dan kari ikan. Ada pulak tu tempe dan ikan bilis goreng.. seleranya makanan kampung untuk lunch!
6. Ikan goreng dan ayam goreng dengan sayur lemak tauhu
7. Ikan goreng dengan terung sambal dan sup ayam
Dapat makan tengahari dengan terung goreng sambal dan sup kaki ayam pun dah cukup.
8. Ikan masak lemak cili api dengan ulaman
Daun pucuk ubi masak lemak kuning, ulam-ulaman dan gulai ikan.. Syukur dapat makan lunch macam ni.
9. Ikan masak kari dan ulaman
10. Ikan bulu ayam goreng, sayur lemak jagung manis dan sambal belacan
11. Ayam goreng, ulaman dan sambal belacan
12. Ikan goreng dan ikan masak singgang serta ulaman
13. Ikan goreng dengan sayur lemak putih
Menu kampung tetap jadi pilihan makan tengahari. Ada sayur lemak putih, ikan goreng, dan sayur tumis
14. Ikan bakar dengan sup sayur campur
15. Ayam goreng, ikan masak singgang dan ulaman
Ada ikan rebus makan bersama budu, ikan masak singgang, ayam goreng, dan timun sebagai ulaman.
16. Ikan goreng, sup ayam dan ulaman
17. Ikan goreng, sup tauhu dan sambal belacan
Ikan bawal goreng kunyit, sup tauhu, dengan sambal belacan. Lepas tu ada tumis sawi putih. Rasa lengkap dah lunch kita..
18. Telur Dadar, ikan singgang dan ayam goreng
Segala hidangan masakan kampung di atas nampak menarik dan sedap-sedap belaka. Mesti terliur nak cuba satu persatu, kan?
Terkadang masakan yang simple dan santai inilah yang buat kita terbuka selera dan bertambah makannya.
So, yang penting masak secara sederhana.. kurang kan masin dan santan dalam masakan. Semoga kita semua sihat sehingga ke usia tua.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.