Baca : GAMBAR LOKASI ....
Ada Waktu Terbaik Berdoa Di Hari Jumaat. Sesiapa pun yang berdoa dan memohon rahmat dari Allah SWT, pasti akan dimakbulkan. Cuma tak tahu bila, cepat atau lambat. Itu rahsia Allah. Bila-bila masa atau hari boleh berdoa dan yang paling mustajab adalah pada hari Jumaat.
"Sungguh, hari jumaat adalah tuannya hari-hari yang paling agung di sisi Allah SWT." - HR Ahmad & Ibnu Majah
"Pada hari jumaat terdapat 12 jam (pada siang hari), di antara waktu itu ada waktu yang tidak ada seorang hamba muslim pun memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya. Oleh kerana itu, carilah ia di akhir waktu selepas Asar." - HR Abu Dawud
Niatkan untuk kebaikan dalam berdoa. Hanya bergantung kepada Allah SWT. Insya Allah, semua doa akan dimakbulkan.
Berdoalah dengan ikhlas, dengan istiqamah penuh keyakinan sambil berharap hanya kepada Allah.
Yang gelap pasti bertukar terang, yang sedang bersedih pasti akan ada gembira pada akhirnya dengan kuasa DOA.
Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang terpilih. Aamiin..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.