Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Akhirnya Sampai Juga Ke Kluang Rail Coffee

Akhirnya Sampai Juga Ke Kluang Rail Coffee. Dah lama merancang dengan kekawan sekerja tetapi tak pernah jadi kenyataan. Dari sebelum PKP sampailah PKP dan tamat.. tetap juga gagal merealisasikan perancangan kami. So, bila anak balik Malaysia semester break 3 bulan.. dapatlah akhirnya jejak kaki kat Kluang Rail Coffee. 

Akhirnya Sampai Juga Ke Kluang Rail Coffee

Kami bergerak dari JB dalam pukul 8.30 pagi dengan anggaran masa diberikan oleh Waze adalah 1 jam perjalanan. Highway tak berapa jem pada hujung minggu, jadi kami mungkin boleh sampai awal sedikit jika pemanduan lebih 100km/jam. 

Dalam pukul 9.25 pagi kami benar-benar dapat parking di hadapan KRC dengan barisan beratur yang dah panjang. Hmm.. tekaan kami meleset, rupanya lebih ramai orang sampai awal dari kami.

Akhirnya Sampai Juga Ke Kluang Rail Coffee

Akhirnya Sampai Juga Ke Kluang Rail Coffee

Akhirnya Sampai Juga Ke Kluang Rail Coffee

Akhirnya Sampai Juga Ke Kluang Rail Coffee

Ketika berbaris, kami berbelah bagi samada nak dine-in atau take away. Ambil jalan tengah, anak bujang kami pergi ke kaunter dan isi menu untuk order take away. Sambil tu saya masih dalam barisan.. dan rupanya queue tu tak lama. Sekejap je kami dah dapat turn untuk dine-in dan menu yang dah order tadi terus serah pada kaunter. Dalam 10 minit dapat air. Kemudian dalam 5 minit lagi dapat roti kaya bakar dan peanut butter yang di order. Memang pantas dan tip top la dia orang punya servis.


Akhirnya Sampai Juga Ke Kluang Rail Coffee


Kami order kopi 3 layer yang amat sedap dan harum rasanya. 2 bun butter kaya dan peanut serta cucur ikan bilis. 


Akhirnya Sampai Juga Ke Kluang Rail Coffee

Ada pelbagai menu roti dan kopi. Order je la mana yang nak dicuba. Kalau tak sempat order semua, lain kali datang lagi dan order menu roti bakar yang lain pulak. Betul tak?

Sewaktu membuat bayaran di kaunter, saya sempat bertanya pada cashier, katanya kedai tutup pukul 6.00 petang. Kalau separuh hari nasi lemak dah sold out, mereka hanya jual roti bakar dan kopi sahaja. 

So korang kalau nak datang Kluang Rail Coffee, kena datang awal untuk dapat tempat duduk yang selesa. Tapi jangan risau, waktu menunggu dan berbaris tak lama pun.. kena sabar sikit.

Dalam fikiran dah berangan nak repeat lagi ke sini walau memakan masa 1 jam untuk sampai. Korang dah pergi cuba ngopi kat Kluang Rail Coffee? Cubalah!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close