Baca : GAMBAR LOKASI ....
Nak Rezeki Berlimpahan? Jangan Buat Perkara Ini. Terkadang kita lupa apa yang kita lakukan hari ini akan memberi kesan kepada perjalanan hidup kita di masa hadapan. Kita alpa bahawa setiap perbuatan akan mendapat balasan baik atau jahat tergantung apa yang pernah kita kerjakan dahulu. Dan usah diabaikan nasihat orang tua-tua dan bijak pandai yang pernah melalui pengalaman masa lalu yang amat berguna untuk panduan masa hadapan.
Berbuatlah sebaiknya walau sekecil-kecil amalan yang menjadi asbab rezeki kita sentiasa terbuka luas umpama air sungai yang mengalir tanpa henti. Rezeki ni datangnya berbeza cara dan waktu andai mendapat keizinan Allah SWT. Oleh itu, dsllam usaha menjemput rezeki, kita dilarang (pantang) melakukan beberapa perkara seperti yang saya kongsikan di bawah.
10 PANTANG LARANG DALAM MENJEMPUT REZEKI BERLIMPAHAN
1 - Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.
2 - Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.
3 - Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.
4 - Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.
5 - Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.
6 - Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.
7 - Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.
8 - Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.
9 - Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.
10 - Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Alhamdulillah ♥️
Semoga sedikit perkongsian di atas dapat dijadikan sebuah renungan untuk kita perbaiki hidup dan memperoleh rezeki yang melimpah ruah serta dalam jagaan Allah selalu.
Insya Allah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.