Baca : GAMBAR LOKASI ....
Sambut Birthday Boy Balik Dari Asrama Dengan Siakap Tiga Rasa Dan Tomyam Campur. Haha.. gitulah kisahnya kami anak beranak meraikan hari kelahiran bujang bongsu yang ke 15 tahun. Ambil dari bus stand, dah pukul 5.00 petang. Saya dan ayahnya sanggup ambil half day leave untuk mengambilnya di stesyen bas Larkin. Dah 2 kali balik naik bas, dah berani sikit nampaknya. Alhamdulillah.
Sebaik masuk dalam kereta terus ucap selamat hari lahir kat dia, sambil terus mendoakannya. Suka betul dia. Anak-anak ni kalau kita nak dia jadi apa.. kita doa dia depan-depan. Biar dia tahu kita sayangkan mereka dan apa doa kita untuk mereka.
Selalu lah berbincang dengan anak-anak apa harapan kita untuk mereka. Ceritakan sebabnya mengapa kita nak dia jadi begitu dan begini. Insya Allah.. anak-anak akan tumbuh berjaya seperti apa yang kita doakan dan harapkan itu. Okay 👌👌
Berbalik pada si bujang bongsu yang meraikan hari lahirnya tadi yang jatuh pada 20 Oktober setiap tahun.. kami terus cari restoran dan belanja dia makan. Dia nak makan siakap 3 rasa, tomyam seafood, sotong goreng tepung dan telur dadar. Haha.. dengan senang hati kami orderkan..
Antara menu faveret my boy everytime we ate outside.. tomyam seafood dan telur dadar! Katanya kat asrama jarang nak jumpa telur dadar. Kita layankan je..
Antara menu pilihan saya tentulah kerabu mangga. Sedap, rangup dan masam manis rasanya. Segar je mangga dia..
Kenyang sudah alhamdulillah... marilah kita balik rumah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.