Baca : GAMBAR LOKASI ....
Sarapan Nasi Lemak Sambal Telur Dengan Salad. Hmm.. dah lama tak masak nasik lemak sendiri dalam rumah. Macam membazir pula bila masak tapi yang makan cuma 2 orang. Tak habis kena buang. Jadi, kami akan makan nasi lemak di luar jika anak-anak tak ada. So, bila dua-dua ada kat rumah.. dengan senang hati saya masak nasi lemak untuk dia orang.
Yang kelakarnya kita orang makan nasi lemak dengan salad, bukan timun macam kebiasaan tu.. sebabnya saya tak boleh makan timun nanti sakit kepala (sebab sejuk kut). Jadi, dia orang sepakat suruh saya guna salad. Saya okay je.. hehe
Nasi lemak ini kami sediakan dengan lauk sambal telur dan kerang rebus tumis sambal. Kacang tanah dan ikan bilis anak-anak tak nak. Lagi la mudah kerja saya. Kita nak meraikan anak-anak... maka ikut la citarasa mereka. Anak-anak happy ibu dan ayah pun happy! Hehe..
Bila diingat balik, makan nasi lemak dengan timun dan sambal lebih sedap berbanding nasi lemak dimakan dengan salad. Tapi itulah masalahnya saya alah dengan timun yang belum dimasak. Kepala akan migrain mungkin sebab angin sejuk dari timun tu kut..
Kalau korang dah lama tak masak nasi lemak sendiri, masaklah nasi lemak berlauk dengan padanan yang sesuai seperti paru sambal, sotong dan udang sambal dan sebagainya. Makan nasi lemak dengan sambal tumis yang sesuai memang akan menaikkan rasa nasi lemak itu sendiri.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.