Baca : GAMBAR LOKASI ....
Musuh Terbesar Dalam Mendidik Anak. Apa agaknya musuh yang dimaksudkan itu? Dalam zaman serba canggih ini, terlalu banyak cabaran dalam mendidik anak-anak. Dah tentu musuh sebenar datang dari ibu bapa itu sendiri kerana anak-anak akan mengikuti saja apa yang kita tunjukkan. Orang kata melalui tauladan.
Musuh Terbesar Dalam Mendidik Anak
1. Malas mematikan telefon saat bermain dengan anak
Tapi berharap anak lebih rapat dengan kita berbanding gajet atau teman-temannya. Kita sentiasa on phone 24 jam, kononnya kita orang paling sibuk. Sedangkan kita habiskan masa di ruang maya seperti di FB, IG dan melihat video Tiktok. Kadang tak sedar pun anak terjatuh atau terhantuk di sana sini.
2. Malas mendengar tangisan anak saat dilarang
Anak-anak kecil terutamanya di bawah usia 7 tahun akan mudah menangis apabila dilarang melakukan sesuatu. Adakah kita luangkan masa memujuk mereka kembali secara psikologi? Sepatutnya kita bagi jalan penyelesaian agar mereka berhenti menangis atau merengek jika tidak mendapat sesuatu yang dihajati.
3. Malas mendampingi al Quran dan sunnah
Kita mhukan anak yang soleh dan solehah tetapi adakah kita menunjukkan tauladan yang baik? Apakah kita mengajak mereka sama-sama mengaji al Quran dan melakukan amalan sunnah seperti berzikir, menjaga kebersihan, berjemaah di masjid dan lain-lainnya.
4. Malas beradab dan menghormati anak
Mentang-mentang anak itu masih kecil kita langsung tidak menunjukkan adab dan akhlak pada anak.
5. Malas mendengar isi hati anak
Tapi sebaliknya nak anak dengar bebelan dan nasihat kita.
Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa atau patents yang mencorakkannya. Jika kita masih ditakuk lama melebihkan ego sendiri dalam membesarkan mereka, kita akan berhadapan dengan masalah adab dan akhlak anak-anak di masa mendatang.
Semoga bermnafaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.