Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ya Rasulullah! Hati Ini Rindu Dan Cinta Kepadamu

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Ya Rasulullah! Hati Ini Rindu Dan Cinta Kepadamu. Salam maulidur rasul kepada semua umat islam di seluruh dunia. Pada waktu datangnya hari kelahiran baginda, ingatan kita kepadanya semakin kuat dan jitu. Kefahaman kita akan peribadi baginda semakin mendalam. Sambil berselawat, kita amat berharap agar kita akan mendapatkan syafaatnya di Hari Akhirat nanti. Insya Allah.

Dalam bulan kelahiran baginda SAW, marilah sama-sama kita berselawat, semoga dengan setiap selawat yang kita lontarkan akan diganjari oleh berganda kebaikan. Semoga dengan cara kita merindui dan mengingati Rasulullah.. kita akan terpilih menerima syafaatnya nanti. Insya Allah..

Ya Rasulullah! Hati Ini Rindu Dan Cinta Kepadamu

Petikan doa dari Ustazah Asma' Harun - 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. pilihlah kami berkumpul bersama dengan Nabi Kecintaan, kerinduan dan kesayangan kami di syurgaMu ya Allah. Kami sangat rindu untuk melihat wajah Rasulullah SAW dan mendengarkan suara baginda SAW. 

Walau kami tidak layak, namun kami tetap akan terus berdoa dan berharap.

Jauhkan kami daripada jurang api neraka dengan syafaat Rasulullah SAW. 

Maka, pada hari kelahiran baginda SAW yang jatuhnya pada setiap 12 Rabi'ulawal tahun hijrah, marilah sama-sama kita raikannya dengan mendengar ceramah-ceramah agama yang menceritakan kisah dari lahirnya dan segala perjuangan baginda dan para sahabat menegakkan syiar islam.

(Dan tiadalah Kami mengutus kamu) hai Muhammad! (melainkan untuk menjadi rahmat) iaitu merupakan rahmat (bagi semesta alam) manusia dan jin melalui kerasulanmu. - surah al Anbia' ayat : 107.

Salam maulidur rasul buat semua!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close