Baca : GAMBAR LOKASI ....
Saban hari kita menunaikan solat fardhu dan mengadu kepada Allh dalam doa-doa kita. Sesudah itu, adakah kita berhenti seketika dan bertasbih? Berzikir? BERTASBIHLAH KEPADA ALLAH SEBANYAK BANYAKNYA. Zikirlah sebanyak yang kita mampu walau dalam keadaan apa pun. Kerana zikir dan tasbih adalah satu amalan terapi yang amat bermanfaat kepada kita semua. Untuk zahir dan batin. Percayalah, dengan bertasbih hati akan jadi tenang dan lapang.
Sumber : shafiqolbu |
Bertasbih dengan Subhanallah wabihamdihi, Subhanallah hil'aziim.. Maha suci Allah Tuhan Yang Maha Tinggi - minima 100 kali sehari. Insya Allah segala apa kita lakukan sentiasa berlaku dalam izinNya.
Firman Allah SWT :
یُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡحَكِیمُ
[Surah Al-Hashr: 24]
Terjemahan :
"Bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana."
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.