Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Burger Ayam Grilled Jadi Pilihan Dinner

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Burger ayam grilled Jadi Pilihan Dinner. Sebelum tu nak citer sikit pengalaman kami dengan kereta. Semalam memang pengalaman agak mencemaskan jugak, tayar kereta Black Knight ku pancit di tepi jalan besar yang agak sibuk. Nasib baik dalam kereta ada anak bujangku. Tak la takut atau risau sangat. Oleh kerana peralatan nak tukar tayar agak tak membantu, kami panggil insurance company untuk handle. Kami nak dia orang hantar mechanic. Tapi mechanic kata dalam 1 jam lebih baru sampai. So kami decide untuk call car repair/ workshop berdekatan dengan carian Google. Beberapa shop yang jawab, ada satu yang kami pilih. Dalam 15 minit dah sampai. Tolong tukar tayar spare dan pergi bengkel untuk terus tukar tayar baru. Gitu gini dekat 2 jam juga urusan kami, dan selesai semuanya dalam pukul 5.30 petang. 

Oleh kerana dah agak lewat, kami balik rumah dulu untuk solat asar. Bila jam dah dekat 6.30 petang.. perut mula rasa lapar. Maka ambil phone dan buat order delivery.

Akhirnya dinner malam kami dengan burger ayam grilled, burger chicken chop, korean spicy chicken dan cheezy wedges. Nampak tu.. semuanya ayam ke ayam... hehe

Burger Ayam Grilled Jadi Pilihan Dinner

Dalam gambar di atas, ikut putaran jam.. wedges yang amat sedap, chicken grilled burger, korean spicy chicken (pun sangat sedap pedas dan rasa yang rare..) dan last sekali tu burger chicken chop. 

Burger Ayam Grilled Jadi Pilihan Dinner

Burger Ayam Grilled Jadi Pilihan Dinner

Burger Ayam Grilled Jadi Pilihan Dinner

Urusan delivery pun pantas, dalam 30 minit gitu. Caj delivery murah. Harga makanan mungkin ada naik sikit berbanding 3 tahun dulu. Almaklum harga ayam pun naik je tak turun-turun. Nak buat macam mana.. dah jadi makanan keperluan kan..

Jika korang tak ada idea nak makan dinner jntuk malam ni, boleh je pergi order burger berdekatan rumah anda. Sesekali berburger untuk dinner apa salahnya. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close