Baca : GAMBAR LOKASI ....
Dinner Dengan Menu Sambal Kupang Sedap Dan Segar. Sambal Kupang Sedapnya, Aromanya membuka selera. Konon nak masak sardin je malam ni tapi malas pulak. Lepas solat asar, cakap dengan anak bujang sorang tu.. ibu malas nak masak. So tukar plan makan kat luar. Mulanya dalam kepala nak makan sup ekor. Pergilah ke restoran yang rasa-rasa ada seafood. Sekali dah masuk, tengok menu dia lain sikit. Menu hanya terpilih kepada beberapa hidangan western, asam pedas dan sedikit seafood. Sup ekor tadak, okay! Maka, order la yang lain. Sekali nampak sambal kupang. Maka, try la kita sambal kupang in the house..
Sambal Kupang terbaik untuk dinner kami. Tak pernah lagi kami order sambal kupang waktu dinner tapi kali ni cuba-cuba, kalau sedap maka rezeki kami lah..
Alhamdulillah. Memang sedap sambal kupang dia, rasa sambalnya yang jarang dirasai seperti itu. Ada rasa rempah, pedas manis dan rasa wangi. Memang 1st time dapat rasa sambal kupang macam ni..
Menu yang kami order 3 pinggan nasi putih, kailan goreng biasa, siakap stim lemon kuah pekat. Hmm... sedap pulak hirup stim lemonnya. Saiz ikan agak besar.. (memang besar sebenarnya) dan amat lembut isinya. Sedar tak sedar sepinggan nasi saya licin bersih.
Untuk setiap menu dan air yang kami order harganya sekitar RM70. Kira berbaloi la.. nasi banyak, ikan siakap besar, kupang sambal satu mangkuk besar (anggaran 20 ketul kupang kut), kailan goreng biasa yang rangup dan air sesedap rasa.
Kenyang sudah,, marilah kita balik. Esok diet eh.. haha
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.