Baca : GAMBAR LOKASI ....
7 Cara Menghargai Hati Ibu Bapa. Ibu bapa adalah orang teratas dalam jalur kehidupan kita, dan daripada mereka lah kita mampu bercakap, berjalan, berlari dan lain-lain pelajaran yang diajarkan sedari kita kecil. Nak menangis dan tersenyum pun mereka lah yang tunjukkan kepada kita.
7 Cara Menghargai Ibu Bapa
Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai ibu bapa kita, mengenang jasa-jasa mereka. Perkara paling mudah tetapi sukar sebenarnya adalah jangan menyakiti hati mereka. Kadang kala kita terlepas kata, pun dah mengguris hati. Tetapi kebanyakan orang tua akan menyimpan diam-diam jika hati mereka terluka. Itu yang bahaya. Takut hilang redha mereka ke atas kita. Marilah kita bersama-sama jadi generasi yang celik hati dan mata dalam menghargai ibu bapa.
1. Berbicara secara lemah lembut
2. Sentiasa gembirakan hati ibu bapa
3. Selalu mendoakan mereka
4. Hubungi ibu bapa walau di mana kita berada
5. Hargai mereka semasa hari lahir kita
6. Peluk dan cium mereka selalu
7. Bawa mereka ziarahi keluarga terdekat atau sahabat lama
Dalam senarai di atas, jika kita mampu buat separuh secara konsisten pun dah bagus. Orang tua tidak mengharapkan kita melayan mereka macam raja tetapi memadai kita melakukan tugas sebagai anak yang berakhlak dan berbudi, itu sudah cukup membuatkan mereka bahagia.
Usahlah bila usia semakin tinggi, kita jadi sombong dan bongkak hingga tidak boleh ditegur..
Semoga kita semua termasuk dalam golongan hambaNya yang mendapat redha ibu bapa dan seterusnya Allah redha ke atas kita pula.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.