Baca : GAMBAR LOKASI ....
Dinner Satay With Family, Yang Penting Kenyang. Nama je dinner sate tapi yang sebenarnya lebih dari itu. Berbual dengan si bongsu yang dah nak balik asrama Ahad nanti, dah lama tak makan sate. Saya tanya nak makan sate ke, laju dia jawab nak! Lepas maghrib terus kami cari restoran yang ada sate. Maka.. ni lah jadinya tercetus entry dinner satay with family.
Bukanlah kita makan sate semata, ada jugak order ikan siakap 3 rasa, tomyam campur, sotong goreng tepung dengan air semua. Hehe..
Menu sotong goreng tepung untuk 1 orang makan.. sedap sangat beb. Rangup di luar dan lembut di dalam. Kalau ada lebih ahli, kami akan order 2 orang makan. Itu dah pasti!!
Macam biasa kalau ada si bongsu ni kami tak de chance nak makan menu lain, memanjang siakap 3 rasa. Bila dia dah balik asrama.. barulah makan dengan En suami dapat order siakap stim lemon dan sebagainya. Redha je la..
Sambil makan-makan, sempat la berborak santai nasihat dan sebagainya dengan anak bongsu ni. Kita hidup bukanlah berseorangan dalam dunia ini, jadi jaga hati dan akhlak agar terus disayangi oleh orang sekeliling. Pesan lagi padanya, kalau kawan-kawan terambil makanan atau barang-barang simple je.. niat sedekahkan. Tak payah nak stress bagai.. hidup akan jadi lebih hebat dan tenang apabila kita tahu meletakkan sesuatu itu pada yang hak dan batil.
Almaklum hudak tengah membesar ada banyak kecelaruan dan tanggapan pada sesuatu pengalaman hidup. Kita sebagai ibu bapa didiklah dengan terus terang dan penuh hemah. Insya Allah anak-anak akan menurut kata tanpa membantah lagi.
Insya Allah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.