Baca : GAMBAR LOKASI ....
Family Day Di Homestay Melaka Banglow In A Village. Setelah lama merancang akhirnya kami keluarga sebelah ibu saya telah merancang family day semasa cuti sekolah, iaitu dari 18/12/2022 hingga 20/12/2022. Family day ni dah lama di rancang iaitu sejak dari raya cina awal tahun ini. Haaa... lama tak rancangnya tu? Hehe.. biaslah mak bapak memasing bekerja dan anak-anak masih bersekolah, banyak halangannya juga. Bila telah lengkap penyertaan, ke semua yang terlibat seramai 36 orang. Yang tak ada anak bujang saya je dan 2 sepupunya sebab dia berada di luar negara.
Kami semua bukanlah menetap di negeri yang sama, jadi kenalah buat ri negeri yang tengah-tengah sikit iaitu Melaka. Contohnya saya, abang dan kakak duduk Johor. Adik ke 5 dan ke 7 duduk negeri Sembilan. Manakala adik nombor 4 dan nombor 6 duduk Selangor. Gitulah ceritanya..
Family day dirancang 3 hari 2 malam di KeCabin Banglo in a Village. Banglo & Kabin ni memang agak luas dan boleh memuatkan jumlah yang ramai.
Lot 463 jalan Bunga Kemboja 8, Semabok Dalam, 75050, Melaka
Antara perancangan kami termasuklah sukaneka, cabutan bertuah, sambutan harijadi untuk seluruh keluarga dan acara bebas.. haha, yang itu apa lagi. Membebaskan diri dalam swimming pool. Hehe
Pemandangan dalam banglo |
Kawasan luar sekitar banglo dan kabin in a village
Kawasan parking kereta yang luas |
Kawasan barbeque - waktu malam kelihatan bercahaya dengan bantuan lampu di atasnya |
Family day hari pertama
Setiap keluarga bawak satu menu mengikut kesukaan masing-masing. Bawak simple je pun tak apa.. korang boleh check menu berdasarkan gambar yang saya kongsikan..
Menu Potluck
Family day hari kedua
Acara hari kedua termasuklah sukaneka di waktu pagi, makan-makan dan pada malamnya adalah penyampaian hadiah. Insya Allah, semua orang akan dapat hadiah 😅😅
Menu breakfast:
Ada pisang nangka in the house. Dan pizza hut baki potluck semalam.. bomboloni pun ada..
Pemandangan dari meja makan di banglo. Pepagi breakfast sambil menghadap pemandangan luar.. tenang je.
Acara family day & gambar family
Menu tengahari hari ke 2
Pada hari ke 2, menu lunch adalah asam pedas daging tetel, ayam goreng berempah, sambal belacan, air sirap limau ais, sayur kobis goreng, buah oren. Ada juga tempe goreng. Cukup zat dan sihat menunya.. 😍
BBQ dan family birthday
Sambutan birthday dan family day untuk meraikan sambutan harijadi ahli keluarga sepanjang tahun. Sebab tu ada banyak kek.. sambil sambut birthday kita buat bakar-bakar sekali. Ada sosej, kepak ayam dan kambing bakar. Alhamdulillah.. semuanya cukup dan dapat makan sampai kenyang.
Menu makan malamnya pula adalah gulai lemak nanas ikan masin, ayam masak kicap, sambal belacan dan ulaman daun dan juga tauhu goreng dengan sambal kicap. Tak sempat ambil gambar pulak sebab mata dah nampak gulai ikan masin sepat je. Hehe..
Family day hari ketiga
Menu Breakfast
Last day kita ada sarapan nasi lemak telur mata. Nasi lemak Melaka, awalnya katering nak hantar nasi lemak daun pisang. Tapi tak jadi. So kita makan nasi lemak dalam polesterin je. Alhamdulillah. Dapat isi perut sebelum balik. Ada baki sosej dan kambing bakar semalam, kita layan lagi. Kambing bakar the best in town!
Selepas sarapan kita orang ulang lagi acara bebas. Apa lagi.. terjun kolam renang la.. Acara bebas kolam renang antara acara paling digemari selain acara makan-makan.. hehe
Dalam pukul 11.30 pagi, kita orang bergerak balik ke haluan masing-masing. Selamat tinggal Kecabin banglo in village.. kenangan 3 hari 2 malam akan terpahat dalam memori manis kami semua.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.