Baca : GAMBAR LOKASI ....
Bahagikan 4 jam Masamu Sehari Untuk Akhirat Nescaya Dunia Akan Mengikutimu. Kamu khususkan masa teetentu dalam sehari di mana 24 jam kamu perolehi. Jadi, di mana kedudukan dunia dan akhirat di dalam masa seharian yang kamu ada? Jika kamu mengingati akhirat dalam sesuatu waktu.. kamu akan berasa cukup dan tenang. Kemudian sesudah itu, laksanakan pula urusan duniamu. Tak lama kawan.. mungkin 1/4 saja yang kamu ada untuk akhirat tetapi kamu ada 3/4 pula untuk dunia. Ada kah itu pun tak cukup?
Jumlah keseluruhan masa yang diperuntukkan untuk akhirat adalah sekitar 4 jam 10 minit.
Selebihnya kita berbakti kepada dunia adalah 19 jam 50 minit.
Nampak 4 jam macam banyak kan? Tetapi hakikatnya tak sampai suku pun dari apa yang Allah berikan pada kita.
Dalam banyak-banyak urusan ibadat kepada Allah, zikir yang paling mudah, tidak perlu waktu dan tempat tertentu. Zikir dalam hati pun amat lah memadai, itu pun Allah terima.
Jadual di atas adalah waktu-waktu yang boleh kita simpankan untuk urusan akhirat kita, di mana kita boleh cuba buat jadual seperti yang dicadangkan.
Mula-mula memang macam susah nak buat, lama-lama jadi mudah dan rindu nak buat. Apabila kita dah biasa dan lazimi buat apa yang jiwa kita buat.. automatik dalam waktu tersebut fizikal kita akan mengarahkan kita mengerjakannya tanpa kita sedar.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.