Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jambu Batu Asam Boi Dengan Hirisan Cili Padi

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Jambu Batu Asam Boi Dengan Hirisan Cili Padi. Panas-panas ni sedapnya dapat makan jambu batu asam boi. Kat dapur pun ada sebiji jambu batu tanpa biji. Saya beli kat kedai tepi ofis, harganya sebiji dalam RM8.00. Tapi saiznya besar. Buah jambunya pun elok bulat dan licin kulitnya. Bila saya potong kecil dan nipis-nipis, dapat dalam semangkuk saiz sederhana. Memang berbaloi. Kerana anak bongsu kat rumah ni tak suka yang ada asam boi, maka saya bagikan 2 bahagian buah jambu yang telah di hiris itu. Memang agak cerewet si bujang bongsu ni.. hehe

Jambu Batu Asam Boi Dengan Hirisan Cili Padi


Nak buat jambu batu asam boi pedas-pedas sedap? Meh cuba resepinya..

Bahan:

1 biji jambu batu tanpa biji
1 bungkus kecil asam boi
3 tangkai cili padi
Sedikit gula & garam

Caranya;

1. Hiris nipis-nipis jambu batu. Masukkan dalam mangkuk

2. Hiris kecil-kecil asam boi dan masukkan dalam jambu batu tadi

3. Campurkan cili padi yang di potong halus dengan gula dan sedikit garam.

4. Tutup mangkuk dan goncangkan seketika. Kemudian, siap untuk dimakan.

Makin sedap kalau di simpan seketika dalam peti ais.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close