Baca : GAMBAR LOKASI ....
Kari Ayam Untuk Sibujang Cuti Sekolah. Bila cuti sekolah je, automatik otak saya bekerja lebih di mana kena memikir menu kat rumah sebab tenghari ada manusia nak makan. Haha.. tapi syukurlah masih ada yang dekat depan mata. Yang sulung dah jauh di seberang lautan.
Lunch tadi masak kari ayam dengan hiasan kacang bendi.
Lauk kari ayam paling mudah nak dimasak, ada kentang, letak kayu manis sikit ketika menumis sedap la tu.
Kombinasi menu lainnya adalah sayur pak choy tumis dengan cili dan sos tiram. Kemudian potong limau sebagai dessert.
Limau mandarin yang saya buang kulitnya kemudian hiris bulat supaya mudah di makan. Anak pun suka..
Bila tengah makan boleh en suami tanya tak da sambal belacan ke? Alahai cik abang, cili dah habis stok. Lain kali kita buat ya..
So, apa menu lunch korang hari ni? Serupa macam saya ke? Kalau korang ada menu yang best dan rare, share la kat komen. Masakan apa pun menunya tak mesti yang mahal-mahal. Kadang yang murah dan simple itulah yang dicari anak-anak sampai kuah kari pun dihirup sampai licin. Haha..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.