Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Larangan Berputus Asa, Tiada Ujian Yang Sia-Sia

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Larangan Berputus Asa, Tiada Ujian Yang Sia-Sia. Setiap musibah mesti ada hikmahnya. Mungkin bukan sehari dua kamu menemuinya tetapi pasti pada satu masa yang tepat hikmah itu dijelmakan dalam waktu yang kamu tak jangka. Ingatlah. Allah Maha Berkuasa mengadakan sesuatu. Semakin kamu bersabar dan bersyukur, semakin banyak rahmat dan hikmat yang kamu akan temui. 

Larangan Berputus Asa, Tiada Ujian Yang Sia-Sia


Sebagaimana doa apabila dalam kesulitan di bawah,

اللَّÙ‡ُÙ…َّ لاَ سَÙ‡ْÙ„َ Ø¥ِلاَّ Ù…َا جَعَÙ„ْتَÙ‡ُ سَÙ‡ْلاً ÙˆَØ£َÙ†ْتَ تَجْعَÙ„ُ الْØ­ُزْÙ†َ Ø¥ِØ°َا شئْتَ سَÙ‡ْلاً


Ertinya:

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang engkau jadikannya mudah. Dan engkaulah yang menjadikan kesedihan (kesulitan), jika engkau kehendaki pasti ia akan menjadi mudah.

Sebagai orang yang beriman, kita hendaklah sentiasa memiliki semangat dan keazaman yang kuat untuk menghadapi dan menangani sebarang masalah, cabaran dan rintangan tanpa mudah berputus asa dalam kehidupan. Sering kali kita mengeluh dengan apa yang telah terjadi dan kadang kala juga kita seakan menyerah kalah dengan apa yang telah kita usahakan dan lakukan kerana segala yang telah kita rancang itu semuanya gagal dan tidak menjadi kenyataan. Maka hentikanlah perbuatan mengeluh dan tingkatkanlah usaha dan ikhtiar bagi menangani sesuatu masalah atau kesulitan itu.

Ingatlah, setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Allah Subhanahu Wata'ala tidak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia dan tidak sekali-kali akan menzalimi hamba-hambaNya. Allah Subhanahu Wata'ala Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Oleh itu, didiklah hati kita untuk sentiasa bersangka baik pada ketetapan dan ketakwaan Allah Subhanahu Wata'ala kerana Allah Subhanahu Wata'ala adalah sebaik-baik perancang. Mudah-mudahan dengan yang demikian, kita akan beroleh kejayaan hidup di dunia dan juga di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Surah Ali-Imrah ayat 54:

“Dan mereka itu pun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa Alaihis Sallam) dan Allah pula membalas tipu daya mereka. Dan Allah sebaik-baik pembalasan (menggagalkan) tipu daya (mereka).”

Maka, jauhilah prasangka, sentiasa tetap iman dalam menerima takdir dan ujiannya. 

Semoga kita semua berada dalam rahmatNya dan dikurniakan hidayah dan taufik hingga ke akhir usia.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close