Baca : GAMBAR LOKASI ....
Menu Kampung Lauk Makan Malam Kesukaan Kami. Apa menunya? Siakap goreng kunyit, bayam lemak putih, sambal belacan mangga berulamkan timun. Itu pun dah berulang kali selak tudung saji. Anak bujang kata sedap sangat. Nasib baik saya goreng 2 ekor siakap. Memang habis sekali hadap la jawabnya! Hehe..
Menu lauk pauk kampung yang nampak simple tetapi amat disukai oleh ahli keluarga saya. Siakap masak asam pedas pun sedap jugak tetapi hari ni anak bongsu yang kat rumah ni mintak ibu nya ni goreng kunyit je. Senang nak meratah ikan katanya.. iya la nak. Yang penting dia happy..
Timun di cicah dengan sambal belacan mangga. Ya Allah sedap masya Allah. Sambal belacan mangga baki lauk family day kat Melaka hari tu, masih ada lagi stoknya. Alhamdulillah. Tahan lama..
Nak resepi sambal belacan mangga?
Meh cuba sama-sama seperti di bawah:
1/2 biji mangga
1/2 biji bawang merah
1 inci belacan
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
1 tangkai cili hidup
3 biji tomato ceri
Gula
Garam
1/2 biji bawang merah
1 inci belacan
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
1 tangkai cili hidup
3 biji tomato ceri
Gula
Garam
Cara-cara penyediaan:
1. Bakar belacan dan juga bawang merah terlebih dahulu. Ketepikan
2. Kupas mangga muda dan cincang halus, potong dan ketepikan
3. Tumbuk kesemua bahan kecuali mangga, dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Akhir sekali, masukkan mangga dan gaul rata. Sedia dihidang.
1. Bakar belacan dan juga bawang merah terlebih dahulu. Ketepikan
2. Kupas mangga muda dan cincang halus, potong dan ketepikan
3. Tumbuk kesemua bahan kecuali mangga, dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Akhir sekali, masukkan mangga dan gaul rata. Sedia dihidang.
Sayur lemak putih bayam antara menu masakan kampung kegemaran kami terutamanya anak bongsu kami. Kalau sayur lain dia kurang gemar. Mungkin bayam lebih lembut dan mudah dihadam, tu yang dia suka agaknya. Tetapi masakan bersantan ni tak boleh masak selalu.. bahaya. Tak elok untuk kesihatan..
Selamat beristirehat semua.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.