Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Nasi Goreng Cili Kering Yang Simple

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Resepi Nasi Goreng Cili Kering Yang Simple. Yang simple tu lah yang orang carik dan sedap pulak tu. Nasi goreng cili kering adalah nasi goreng kegemaran anak ke 2 saya. Dia kalau nak nasi goreng, cakap nak nasi goreng merah. Anak.. oh anak.. ada-ada saja. Oleh kerana dia tak kuat pedas, maka saya guna cili boh je dengan hiasan beberapa batang cili kering yang di goreng garing. Nak resepinya? Jom cuba..

Resepi Nasi Goreng Cili Kering Yang Simple

Bahan-bahan;

1 mangkuk nasi - disejukkan semalaman
3 biji telur - goreng hancur, ketepikan
3 sudu makan cili boh
1 biji bawang merah - racik halus
1 ulas bawang putih - racik halus
Sedikit ikan bilis kecil - di goreng
3 tangkai cili kering
2 tangkai sawi hijau
Garam secukupnya


Resepi Nasi Goreng Cili Kering Yang Simple

Cara penyediaan nasi goreng cili kering


1. Panaskan minyak. Goreng cili kering sampai rangup. Angkat dan ketepikan 

2. Tumis pula cili boh, bawang merah & putih sampai naik bau. Hingga cili nampak masak. Masukkan garam secukupnya.

3. Masukkan nasi dan gaul rata. Masukkan telur hancur dan daun sawi (jika suka), kacau sebati.

4. Akhir sekali, masukkan cili kering dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaul sekata. Tutup api.

Nasi goreng cili kering siap untuk dihidangkan.

Resepi Nasi Goreng Cili Kering Yang Simple

Nampak tak cili kering tu. Sebab dah digoreng garing, anda boleh kunyah bersama nasi goreng tadi. Sedap tau rasa dia. Lemak rangup gitu.. kalau ada perhiasan gitu, budak-budak memang tak nak. Mak bapak yang kena perabis jawabnya.. 😅😅

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close