Baca : GAMBAR LOKASI ....
Sarapan Nasi Lemak Kedai Mamak. Sebelum ni breakfast kat kedai mamak dengan si bongsu, kali ni saya ngeteh pepagi buta dengan si abang sulung pulak sebelum beliau pulang menyambung pengajian di luar negara. Sambil ngeteh/ breakfast sambil berborak dalam banyak perkara terutama hal politik tanahair. Anak saya ni memang suka cerita hal politik dan sepanjang musim mengundi hari tu, bukan main dia ikuti dan siasat latar belakang kebanyakan calon. Jaei, saya pun terjebak kena baca hal politik. Kat TV pun kena buka chanel yang buat live pada hari mengundi. Hehe.. Gitulah nasib badan bila anak lebih suka cerita hal politik tanahair.
Oh ya, kami order nasi lemak ayam mamak dan roti canai rangup.
Nasi lemak ayam dengan telur mata. Ayam goreng merah rangup dan siap di potong bagi mudah kita nak makan. Semua okay, nasi lemaknya lembut, lemak dan sedap. Tapi sambalnya kurang sikit kaw dia. Macam lebih manis dan tak ada pedas lemak sambal tumis. Kena belajar lagi ni..
Roti canai kosong garing kita mintak 2 keping. Kongsi dua beranak. Sambil berborak pasal politik tadi, sempat perhabis roti canai walau perut dah kenyang. Yang penting jangan membazir.
Korang pula apa menu kegemaran kat kedai mamak? Adakah rojak mee dia? Atau mee goreng mamak? Terpulang pada citarasa masing-masing la ya..
1 Comments
Cantik telur mata tenggek atas nasi lemak!
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.