Baca : GAMBAR LOKASI ....
Beli Durian Dalam Box Lagi, Memang Hantu Durian! Hehe.. siapa hantu durian macam saya? Bila ada orang up dalam group durian fresh baru sampai. Saya akan mula tanya itu ini.. sampai jadi. Tapi saya akan beli durian pada seller yang saya percayai je.. contohnya dia ada tapak gerai, dan tak terlalu gila-gila promosikan durian dia kat FB/ IG. Kiranya macam low profile. Bila kita tanya dia akan layan pertanyaan dengan santai. Tak paksa kita beli.. hehe
Gambar atas - Musang King. Durian faveret kami all the time. Bentuk dia yang nipis memanjang memang sedap dimakan. Unik kan. Bentuk bijinya nipis-nipis dan tak semestinya bulat. Ada macam-macam bentuk.
Gambar atas - Durian IOI. Lain sikit rasanya. Lebih manis pahit. Kalau korang tak suka pahit, boleh beli durian udang merah. Yang itu manis lemak. Tapi masa saya order hari tu, stok durian udang merah belum ada.
Kami beli 2 box dan dapatlah makan untuk 2 hari. Makan durian kalau kita dapat rasa seulas 2 ulas pun dah rasa puas hati. Sebab rasanya yang manis dan lemak.. serta baunya yang kuat menyebabkan kita cepat kenyang. Dia tak boleh nak ngadap je.. kena makan sikit-sikit. Baru kepuasan makan durian tu datang.. korang sama ke macam saya? Hihi..
Untuk 1 kg musang king dalam box, saya bayar RM150. Dan 500 gram IOI saya bayar RM45. Alhamdulillah. Pada saya harga tersebut berpatutan. Bukan makan selalu. Bila tiba musimnya baru kita makan. Lagipun beli durian dalam box, kita tak perlu risau nak buang kulit durian atau nak kopek durian. Dapat je durian terus masuk mulut.
Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan ini.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.