Baca : GAMBAR LOKASI ....
Bersarapan Bersama Anak Bujang, Pencinta Teh Ais. Teh tarik dan teh ais antara air kegemaran rakyat Malaysia sepanjang masa. Termasuklah anak bujang saya yang bongsu ni. Kalau si abang akan cari Milo ais. Gitulah ragam mereka berdua. Bila milo ais abang tak habis, si adik juga yang akan habiskan.. hehe
Mereka dua beradik je. Jaraknya 7 tahun antara satu sama lain. Untungnya jadi adik, disayangi oleh si abang. Nak apa semua dapat. Nak keluar rumah akan tanya si adik, nak kirim apa-apa tak? Padahal duit mak bapak juga yang diguna.. redha je la
Sambil breakfast.. sambil memberi nasihat. Pesanan kehidupan yang mesti diingati sampai bila-bila. Selalu saya gertak, "ingat pesanan ibu ni sampai mati.". Bila dengar macam tu, mata dia terkelip-kelip je.. gerun la tu.
Selamat bercuti buat semua.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.