Baca : GAMBAR LOKASI ....
Cincin Simple Penambah Seri Penampilan. Korang suka cincin yang macam mana untuk digayakan ke mana-mana? Adakah cincin saiz besar dan berwarna warni atau cincin warna rose gold yang minima menghias jari?
Dalam keadaan ekonomi yang tak berapa bagus beberapa tahun mendatang, kita digalakkan untuk lebih banyak menyimpan daripada berbelanja. Simpanan terbaik yang tak terkesan oleh inflasi adalah simpanan emas.
Antara koleksi cincin emas dan rose gold simpanan saya. Cincin rose gold tu saya beli dari Habib jewels, ia sebenarnya 2 cincin yang berasingan.
Jika jari kosong je pun tak cantik. Tetapi biarlah memakai cincin di jari pada kadar yang minimalis tetapi sesuai pada tempat dan keadaan.
Cincin habib jewels tu saya beli berasingan, dan bila dah lengkap kedua-duanya, boleh pulak dijadikan stacking cincin. Maksudnya 2 cincin dipakai untuk melengkapi satu sama lain. Walau pun saiz dia kecil je tetapi harganya boleh tahan juga.. korang boleh check di lamam web Habib Jewels.
Namun jika untuk pelaburan jangka panjang.. lebih baik anda simpan emas 916 di mana ada waktunya harga nya boleh naik mencanak. Memang untunglah siapa ada simpanan emas waktu itu.. boleh jadi tauke emas terus. Hehe
Menyimpan emas sebagai pelaburan adalah hobi yang tak rugi. Berbanding anda membeli kereta atau branded handbag. Harganya akan susut atau pada satu ketika tak ada harga langsung. So, usah menyesal jika anda ada hobi menyimpan emas untuk kegunaan pada masa depan.
Semoga berjaya.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.