Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenali 26 Sifat Sombong Yang Sering Dilakukan Tanpa Sedar

Kenali 26 Sifat Sombong Yang Sering Dilakukan Tanpa Sedar. Apa faedahnya bersifat sombong? Adakah ia boleh membuatkan anda dipuji hingga berasa bahagia? Jika anda suka puji-pujian, anda gemar menunjuk-nunjuk dengan sesuatu kelehihan... anda mungkin ada masalah di hati. Sebenarnya orang yang sombong selalu rugi. Dia akan banyak kehilangan dalam hidupnya, terutamanya ketenangan. Kenapa begitu? Orang sombong ni suka berharap kepada penghargaan manusia. Dia lupa pujian manusia akan lenyap bila tiba masanya. Berhati-hatilah dengan penampilan kita. Jauhi bersikap sombong, cakap besar dan ego. Humble tu lagi baik, itu sifat terpuji yang manusia suka dan Allah cinta!

Kenali 26 Sifat Sombong Yang Sering Dilakukan Tanpa Sedar

Baca : Kenali 26 Sifat Sombong Yang Sering Dilakukan Tanpa Sedar  .... Sumber

26 Sifat Sombong Yang Mungkin Kita Amalkan Tanpa Kita Sedari. Sifat sombong ni tak baik tau, Allh tak suka. Orang pun tak suka. Orang kata, orang yang bersifat sombong ni lebih banyak rugi dari untungnya. Kawan-kawan hilang, adik-beradik menjauh, kerja pun tak selesa. Orang yang sombong pula akan selalu stress. Renungkanlah!!


Rasulullah bersabda:


لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.”

Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?”

Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“ (HR. Muslim no. 91)

26 Senarai Sifat Sombong Yang Boleh Direnungkan


1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.

3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.

4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.

5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan.

6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.

8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.

10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.

12. Orang sombong suka dihormati.

13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.

14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.

15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.

16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain.

17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri.

18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.

19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.

20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.

23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain di depannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.

Semoga bermanfaat. 

Hidup dengan berpijak di bumi nyata, terima kelebihan orang lain dengan bersyukur dan melihat kelemahan diri sendiri sebagai satu hikmah untuk belajar dan menambah ilmu.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Sifat-sifat sombong itu selalu kita lakukan, semoga bertaubat dan insaf. Terima kasih kongsi untuk muhasabah diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Amie. Bnyk yg kita lakukan kdg tanpa sedar..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close