Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenapa Kena Baca al-Quran Waktu Pagi?

Baca : GAMBAR LOKASI ....
KENAPA KENA BACA AL-QURAN WAKTU PAGI? Kenapa agaknya? Dah la pepagi kita rasa tak cergas, betul tak? Kadang nak baca zikir pun terbabas, sampai terlelap. Macam mana pula nak baca al Quran. Tambahan pula bila mata dah tak berapa cerah. Tapi.. apa sebabnya kita kena baca al-Quran waktu pagi terutamanya selepas solat subuh. 

Kalau belum biasa, kena biasakan. Kalau dah biasa, alhamdulillah! Sebab kita dah buat satu tindakan yang sangat tepat, iaitu makan "ubat" bernama al-Quran.

Kenapa Kena Baca al-Quran Waktu Pagi?

Al-Quran ni Allah umpamakan seperti ubat. Ia boleh menjadi penawar kepada hati (syifa' fis sudur) dan kesan penyembuhannya HANYA boleh dirasai oleh orang yang mengambil atau mengamalkannya sahaja.

Allah berfirman yang bermaksud,

'Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran, peranannya sebagai pengajaran dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit batin dalam hatimu, sebagai hidayah petunjuk serta rahmat bagi orang beriman'. (Surah Yunus, 57)

Secara luarannya, kita ni nampak je macam sihat. Boleh joging, pergi workout, dan sebagainya. Tetapi kebanyakkan daripada kita, dalamnnya sangat "sakit". Sakit macam mana?

Sakit dalaman ni seperti cepat sakit hati, tak puas hati, geram, dengki, keras hati, lupa bersyukur, cepat putus asa, banyak berprasangka, pemalas, buang masa, suka maksiat, pertahankan dosa, jauh daripada Allah dan sebagainya.

Tetapi....

Bila kita mulakan setiap pagi dengan membaca Al-Quran, kita umpama seperti makan 'ubat' hati. 

Fadhilat Membaca Al Quran Setiap Pagi


1. Sebab kalau kita tak dapat nak baca Al-Quran lepas solat Subuh, kita tak akan jumpa waktu yang lain dalam sehari untuk kita baca Al-Quran

2. Baca Al-Quran sekarang. Amalkan setiap hari. Ia tak akan sama dengan orang lain yang baca Al-Quran untuk kita lepas kita mati.

3. Kita patut rasa gembira dan mulia bila baca Al-Quran kerana itulah kata-kata Allah SWT yang pernah juga dibaca oleh Rasulullah SAW.

4. Perasaannya umpama kita lepas bersedekah, rasa gembira dan tenang

5. Bila setiap hari membaca Al-Quran, terasa tidak lengkap bila ada hari kita tak dapat membaca Al-Quran.

6. Memperoleh rasa tenang yang hakiki adalah apabila kita membaca al Quran

7. Membaca Al-Quran adalah sebahagian dari ibadah. Salah satu kelebihan Al-Quran adalah mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya. Inilah salah satu pperbezaan ketara antara Al-Quran dengan kitab-kitab atau buku-buku lain.

8. Makin bertambah dan reda Allah SWT kepada seseorang apabila membaca kalam-Nya yang mulia dengan tepat sehinggakan sebahagian ulama menyatakan doa yang diminta selepas khatam al-Quran itu akan dikabulkan dengan izin Allah SWT kerana ia merupakan waktu mustajab.

9. Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya." Hadis Riwayat Muslim

10. Ibnu Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." Hadis Riwayat Tirmizi

Semoga perkongsian di atas membawa manfaat yang luas kepada seluruh pembaca blog ini.

Insya Allah...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close