Baca : GAMBAR LOKASI ....
Makan Tauhu Goreng Cicah Sambal Kicap. Sambal kicap yang sedap mestilah yang pedas, lemak dan manis rasanya. Kepandaian saya dalam family adalah buat sambal kicap. Setiap kali berkumpul, kami akan sediakan sambal kicap sendiri dan makan ramai-ramai. Ada yang goreng pisang, tempe atau buat sup tulang yang dimakan dengan sambal kicap. Segar nya..
Kalau nak dapatkan rasa sambal kicap yang seimbang, tak pedas sangat.. waktu nak tumbuk cili tu, sebahagian jangan buang tangkainya. Insya allah, rasa terlalu pedas akan berkurang. Rasa pedas akan balance je..
Resepi sambal kicap simple secukup rasa
(Untuk sekali makan)
10 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih
1 sudu makan jus perahan limau kasturi
5 sudu makan kicap manis
Sedikit aji no moto
Gula secukupnya
Cara-caranya:
Semua bahan di tumbuk biar lebih sedap dan naik lemak kecuali kicap dan jus limau. Bila dah hancur cili tu, pindahkan dalam mangkuk kecil dan baru tambahkan kicap dan jus limau.
Kacau sampai rata. Siap untuk digunakan untuk cicah dengan tauhu goreng atau pisang goreng. Hehe
Resepi sambal kicap di atas adalah untuk jumlah sekali makan je. Kalau ada ramai orang atau majlis kenduri, bilangan cili padi kenalah ditambah. Begitu juga dengan lain-lain bahan.
Okay..
1 Comments
Kalau cikmimi suka tempe goreng ranggup ranggup atau pisang goreng ranggup ranggup dimakan dengan sambal kicap pedas Nikmatnyaaa..
ReplyDeleteJemput singgah www.syamimisaad.com ;)
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.