Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Menunggu Mendung Berlalu Pergi

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Menanti Mendung Berlalu pergi. Aku terpaku di sini entah sudah berapa lamanya. Terperuk memandang diri sendiri. Apakah silapku. Apakah dosaku. Di mana kekuatanku. Mengapa dalam gelap ini juga aku berteleku.

Kenapa aku tidak keluar sahaja? Lari ke hujung dunia agar aku tidak terperuk lagi. Mengapa aku tidak mencari cahaya? Tapi.. bagaimana rupa terang itu? Adakah aku bersedia setelah sekian lama terbelenggu dalam gua kegelapan?

Arghhh! Di mana aku kini?

Menunggu Mendung Berlalu Pergi

Aku meraba diriku. Aku mencari sinarmu, Tuhan. Baru aku ingat denganmu setelah lama terkunci disini? Mengapa mereka tidak ingatkan aku kepadaMu? Adakah mereka suka aku selama-lamanya dalam kegelapan? Siapakah mereka itu yang mengaku sahabatku? Mengapa mereka tinggalkan aku? Mengapa?


Oh Tuhanku, Ya Rabbi..


Aku ingin keluar. Bawalah aku keluar dari kegelapan ini. Buanglah jauh-jauh ketakutanku untuk keluar. Kerana, aku keseorangan. Aku takut mereka berdendam denganku. Aku tiada sesiapa selain Engkau Ya Rabbi.

Aku sudah keluar. Tetapi mengapa mereka memandangku dengan benci? Mengapa mereka tertawa sinis denganku? Apakah aku alien, tak serupa mereka? Selama ini aku tinggal dalam gelap, ya Tuhan. Kini.. aku melihat sinar kurniamu. Aku melihat bulan dan bintang. Aku disimbahi terik mentari. Aku bersyukur. Tetapi mengapa, aku belum tenang. Tidak bahagia. Bukankah aku sudah keluar ya Allah?

Duhai Tuhan, bahagia itu milikmu. Kau berhak anugerahkan kepada sesiapa yang Engkau sayangi. Maka, pilihlah aku menjadi hamba kesayanganMu, agar aku terus berjalan mencari cahaya abadi. Agar kau limpahkan kebahagiaan berpanjangan menuju jalanmu.


Sudah, sudahlah bersedih.
Sudah, sudahlah mengeluh.
Sudah, sudahlah menyalahkan takdir..
Cermin diri adalah kamu, bahagia kamu yang cari, derita jua kamu yang pilih.
Berhentilah menanti mendung berlalu.
Keluarlah.. ubahlah nasib diri. Kerana kamu yang menentukan bahagia atau derita yang ingin dijalani..

Tiada duka dan derita yang abadi
Allah hadiahkan bahagia untuk orang yang ikhlas.

Biarkan mendung itu berlalu...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close