Baca : GAMBAR LOKASI ....
Nasi Goreng Ikan Bilis Mudah Je Nak Buat. Masak, goreng dan makan sendiri.. lebih jimat dan bebas nak letak banyak mana ikan bilis tu. Kenyang dan puas hati! Hehe..
Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi sejuk
1 biji bawang besar - hiris halus
1 ulas bawang putih - hiris halus
2 biji telur
5 tangkai cili padi vietnam (pedas kaw) - hiris halus
Ikan bilis segenggam - digoreng rangup
Garam secukupnya
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga naik bau @ garing.
2. Pecahkan telur dan biarkan telur agak masak. Gaul dengan bahan hiris.
3. Masukkan nasi sejuk tadi. Gaul rata hingga semua nasi dan bahan tumis bercampur.
4. Perisakan dengan garam / kicap jika suka
5. Taburkan ikan bilis di atasnya.
(Kalau saya akan tabur ikan bilis goreng bila nak makan. Ikan bilis lebih rangup).
Kalau korang nak letak sayur hijau pun boleh. Kalau tak suka tak perlu letak.
Mesti korang yang dah terror masak nasi goreng pelik kan.. kenapa saya share resepi ni. Sebenarnya blog ni adalah tempat rujukan anak bujang saya memasak. Almaklum beliau jauh di perantauan. Resepi ibunya ni lah yang jadi panduan. Tu sebab resepi simple-simple pun saya share kat blog.
Untuk newbies pun boleh cuba resepi-resepi simple ni.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.