Baca : GAMBAR LOKASI ....
Petua Goreng Ikan Keli Langsung Tak Meletup Dan Rangup. Resepi atau petua yang kita orang share dari FB Azlina Ina, mungkin juga ramai yang cari. Sebab ramai ni penggemar keli goreng rangup. Saya salah sorangnya 😍😍 kalau dulu anak bongsu tak makan ikan keli tetapi setelah duduk asrama, dia lah paling pandai makan ikan keli. Hehe..
Memang nampak simple nak goreng ikan tapi ikan keli special sikit. Tak kena cara atau petua, boleh meletup satu rumah. Bukan dapur yang meletup tapi ikannya.. hehe. Baiklah saya kongsikan teknik goreng ikan keli jadi cantik dan tak meletup langsung dan garing pulak tu!
Cara-caranya:
1. Sediakan beberapa ekor ikan keli.
Cara basuh -
1) rendam dengan air basuhan beras dan limau kasturi selama 5 minit. Bilas dan buang lendir.
2) rendam dengan tepung gandum, bilas dengan air limau kasturi dan air
Cara menggoreng:
1) Ikan keli kelar rapat-rapat (macam dalam gambar), tabur garam halus sikit. Tabur kunyit. Gaulkan rata. Last sekali tabur dengan tepung gandum. Gaul lagi.
2) Panaskan minyak. Letak 2 keping asam keping dalam minyak. Dah panas, perlahankan api. Masukkan ikan keli, biarkan sampai jadi warna keperangan. Kemudian baru balikkan sebelah lagi. Dah masak sama rata, angkat dan toskan.
SUMBER SINI
Sedap tau ikan keli goreng rangup macam ni. Makan dengan kuah lemak atau sayur bening pun dah sedap. Kemudian cicah sambal belacan simple je. Boleh habis 2 @ 3 ekor sekali hadap je.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.