Baca : GAMBAR LOKASI ....
Resepi Bubur Chacha Paling Sedap. Itu anak-anak yang kata. Bebudak kan tak pandai bohong .. 😅😅 Bubur chacha sedap tapi ringkas je cara nak buatnya. Boleh dimasak time boring tak tahu nak makan apa ketika minum petang. Masak bubur chacha pun main campak-campak je. Senang sangat..
Selain keledek oren yang boleh dicampur dalam bubur chacha, kita juga boleh masukkan pisang, buah labu kuning dan ubi sebagai bahan tambahan.
Lagi sedap bila dicampur dengan sagu biji yang putih jernih. Rasa segar je lalu kat tekak. Terutama bila musim cuaca panas.
Bahan-bahan:
2 cawan Cha-cha (direbus dan ditoskan)
1 cawan sagu (rendam)
11 sudu gula (ikut selera manis sendiri)
3 batang ubi keledek oren - potong dadu
1 ketul gula melaka
2 helai pandan - simpulkan
1 kotak santan
Air secukupnya
1. Panaskan air dan masukkan santan kotak. Kacau hingga sebati. Biarkan mendidih. Masukkan simpulan daun pandan sekali.
2. Masukkan keledek oren. Kacau rata. Biarkan hingga keledek empuk. Kemudian masukkan biji sagu. Biarkan mendidih.
3. Masukkan tepung bubur chacha yang berwarna warni. Kacau rata. Perisakan dengan gula dan gula melaka secukupnya.
Siap dihidangkan. Makan bila sejuk pun sedap. Letak ais pun okay, boleh legakan tekak yang panas.
Selamat mencuba resepi bubur chacha ringkas bersama dengan sagu biji. Rasanya yang sedap dengan bau daun pandan amat menyegarkan.
Selain keledek oren yang boleh dicampur dalam bubur chacha, kita juga boleh masukkan pisang, buah labu kuning dan ubi sebagai bahan tambahan.
Bubur chacha dicampur buah kabung |
Resepi Bubur Chacha Biji Sagu Paling Sedap
Bahan-bahan:
2 cawan Cha-cha (direbus dan ditoskan)
1 cawan sagu (rendam)
11 sudu gula (ikut selera manis sendiri)
3 batang ubi keledek oren - potong dadu
1 ketul gula melaka
2 helai pandan - simpulkan
1 kotak santan
Air secukupnya
Cara menyediakan Bubur Chacha Biji Sagu Ringkas Tapi Sedap
1. Panaskan air dan masukkan santan kotak. Kacau hingga sebati. Biarkan mendidih. Masukkan simpulan daun pandan sekali.
2. Masukkan keledek oren. Kacau rata. Biarkan hingga keledek empuk. Kemudian masukkan biji sagu. Biarkan mendidih.
3. Masukkan tepung bubur chacha yang berwarna warni. Kacau rata. Perisakan dengan gula dan gula melaka secukupnya.
Siap dihidangkan. Makan bila sejuk pun sedap. Letak ais pun okay, boleh legakan tekak yang panas.
Selamat mencuba resepi bubur chacha ringkas bersama dengan sagu biji. Rasanya yang sedap dengan bau daun pandan amat menyegarkan.
Semoga berjaya cuba resepi ni ya 💖👌
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.