Baca : GAMBAR LOKASI ....
Siakap Stim Lemon Pembuka Selera. Inilah masanya bila tinggal berdua je, kita boleh pilih menu yang kita suka. Jika ada si bongsu, dia akan chop nak makan ikut selera dia. Setiap kali fikirkan balik memang kelakar.
So malam ni menu kita adalah siakap stim lemon. Order ikan saiz kecik je, tapi datangnya yang saiz besar untuk 4 orang makan. Apa nak buat. Kena perabis jugak jawabnya..
Siakap stim lemon dah macam menu wajib kami bila hilang selera makan. Pergi kedai, order je. Sambil lepak-lepak cerita pasal anak yang 2 ketul tu. Hmm.. bila la agaknya dedua tu nak berkumpul balik dan tak pergi-pergi jauh lagi?
Hanya masa mampu menentukannya..
Berbalik pada siakap stim lemon kami.. tengok lah gambar tu. Lemon tu kita akan perah sendiri ikut kemasaman kuah yang kita nak. Kena kat saya, saya hisap sekeping lemon tu. Memang menyegarkan.. hehe
Kalau nak masak sendiri boleh je. Siang tadi baru beli ikan siakap dan ikan merah. Tapi tu lah, asal nak masak ada je bahan yang tak ada. Daun ketumbar pun tak ada.. macam tak kena je jadinya. Akhirnya lepas maghrib kita orang dah bertunggu kat restoran, tumpang dapur orang. Haha
So, korang jangan jadi malas macam kami tau. Kalau ahli keluarga ramai.. lebih jimat masak sendiri.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.