Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

10 Maksiat Batin Yang Harus Dijauhi

10 Maksiat Batin Yang Harus Dijauhi. Perlakuan maksiat bukan sahaja apa yang kita nampak terang-terangan, ia juga ada yang tidak kelihatan oleh mata kasar kerana ia letaknya di dalam iaitu bahagian batin. Hanya diri sendiri dan Allah je yang tahu apa yang ada tersembunyi di dalam tubuh kita. Maksiat batin ni bahaya tau, jika kita tak segera ubatinya, ia boleh menyakitkan diri sendiri kerana hanya kita yang mempu mengubah perkara tersebut. Maksiat batin lebih kepada suatu perasaan dan keinginan dalaman yang kita sendiri menciptanya. Ia boleh terwujud bila ada tekanan dari luar yang kita terasa sesuatu seperti tak puas hati, iri hati terhadap kelebihan orang lain dan banyak lagi.

Jom lihat kupasan di bawah tentang maksiat batin yang boleh dijadikan pengajaran dan panduan hidup.

10 Maksiat Batin Yang Harus Dijauhi

10 Maksiat Batin Yang Harus Dijauhi


1.SYARHUT THA’AM
Suka makan banyak.

2. SYARHUL KALAM
Suka banyak bercakap tentang perkara-perkara tidak berfaedah.




3. GHADHAB
Kuat marah. Suka bertengkar.

4. HASAD
Dengki terhadap orang lain yang mendapat nikmat kurniaan Allah.

5. BAKHIL WA HUBBUL MAL
Kedekut dan mencintai harta benda.

6. HUBBUL JAH
Cintakan/Sukakan pangkat, kebesaran dan kedudukan.

7. HUBBUD DUNIA
Cintak kepada keduniaan.

8. TAKABBUR
Membesar diri sendiri bercakap sombong.

9. UJUB
Terpesona dengan diri sendiri (merasa diri banyak berbuat kebaikan dan kebajikan).

Ujub termasuk daripada sifat-sifat yang dicela. Allah SWT berfirman:

فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

Maksudnya: "Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa". - Surah al-Najm (32)


10. RIYA’
Membuat ibadah bukan kerana Allah
(suka menunjuk-nunjukkan kelebihannya).


Sumber;

1. 10 maksiat batin

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close