Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apa Sebab Solat Tapi Masuk Neraka?

Apakah Sebabnya Solat Tapi Masuk Neraka? Solat adalah tiang agama. Jika tak solat maka pincanglah ia. Solat adalah rukun islam yang mana ciri-ciri seorang islam salah satunya mestilah mereka yang mengerjakan SOLAT seperti yang difardhukan. Bila kita solat dan melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang, insya Allah amalan kita yang lain akan diterima. Tetapi mengapa kita masih masuk neraka walau pun bersolat??

Apa Sebab Solat Tapi Masuk Neraka?

Solat tapi masuk neraka? Apakah sebabnya?


1. Solat tapi masih percayakan bomoh/ dukun
2. Solat tapi suka mengumpat / bergosip tentang keburukan orang lain
3. Solat tapi mengabaikan anak yatim
4. Solat tapi suka berdusta / berbohong
5. Solat tapi minum minuman keras

Apa Sebab Solat Tapi Masuk Neraka?

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab (ditanya dan dipertanggungjawabkan) dari segenap amalan seorang hamba di hari kiamat kelak adalah solatnya. Bila solatnya baik maka beruntunglah dia dan bilamana solatnya rosak, sungguh kerugian menimpanya." - HR Tirmidzi

Tidak ada mana-mana muslim yang solat tetapi mahu masuk neraka. Tentulah kita impikan syurga Allah dan mahu menjadi penghuni syurga tapi perlu dihisab terlebih dahulu. 

Namun janganlah kita melakukan perkara-perkara yang dilarang dan yang haram kerana ia boleh menjadikan kita jauh dari syurga. 

Memang semua orang islam akan dimasukkan ke syurga samada cepat atau lambat selagi kita seorang islam.

Tetapi biarlah kita menjadi ahli syurga dan diterima masuk tanpa perlu dihisab berbekalkan amalan baik kita selama hidup di dunia. Maka, jauhilah perkara-perkara dan amalan yang menyebabkan kita tercampak ke neraka.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close