Beli Pokok Palma Kipas Untuk Hiasan Rumah. Kali ni saya beli pokok palma kipas yang asli ya, bukan yang hiasan (bunga mati) seperti sebelum ini. Pokok ketapang saya pun dah semakin tinggi berbanding sebelum ini. Dah masuk dalam pasu pun.. hehe
Pohon ketapang yang baru sebulan ditanam |
Pokok palma kipas ini bersaiz sederhana, boleh tumbuh sehingga 5 meter, daun besar sehingga 1.5 meter lebar. Boleh ditanam di tempat panas tetapi lebih sesuai di tempat teduh yang tidak berangin.
Saya beli pokok palma kipas dengan pasunya sekali. Setiap satu berharga RM45.00 untuk pasu dan RM35 untuk pokok. Boleh la, saya cuma tukang beli tapi yang tanam dan mengurus pokok adalah En suami. Saya memang fail kalau bercucuk tanam. Walau sekadar pokok bunga..
Ada juga jualan pasu bunga berbagai saiz tetapi saya lebih berminat dengan pasu yang ada ukiran di luarnya. Besar tau saiz pasu ni. Berat pun berat..
Kalau ikutkan saya nak je beli pokok palma kipas yang dah tinggi, tapi En suami kata beli yang rendah dulu. Nanti lama-lama dia tinggi kan cantik.. katanya lah, takut tak sempat tinggi je. Almaklum saya kan "pandai" sangat bela pokok.. 😅😅
Saya merasakan pasu-pasu di kedai @ nursery ni dijual jauh lebih murah berbanding pasu yang saya beli di Ayer Hitam. Tak pasti pulak, ada kah bahan pembuatannya yang membezakan harga. Itu nanti saya tanya ek?..
Hmm.. lain kali tak payah carik jauh-jauh, nursery dekat dengan rumah pun banyak.. kih kih..
Doakan pokok bunga palma kipas saya ni tumbuh lama dan menghijau ya..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.