Baca : GAMBAR LOKASI ....
Dah Lama Cari Pisang Nangka, Akhirnya Beli Di Shopee. Apa yang tak ada kat Shopee. semuanya ada! Haha.. anak manusia je tak de jual kat Shopee (gurau je..), alkisah tadi saya baru dapat stok pisang nangka yang di order dari Shopee. Seller duduk N.Sembilan. Kiranya tak jauh nak hantar Johor. Ada juga seller dari Terengganu.. jauh kan, takut sampai je dah masak ranum pisang tu..
Pisang nangka sedap di goreng gitu je dengan tepung gandum buat pisang goreng.., buat pengat pun sedap. Yang terbaru.. buat banana cheese. 😁😁 yang viral tu. Katanya pisang nangka lebih manis berbanding pisang lain sebab itu ia sesuai dibuat banana cheese.
Pisang nangka yang dibeli di Shopee tak la mahal sangat harganya. Untuk semua dekat 26 biji pisang, saya bayar RM26.00. Anggaran 3 sisir. Setiap sisir ada dekat 9 biji pisang..
Tanda pisang nangka sudah masak walau kulit dia hijau adalah bila dipicit ia telah lembik. Memang itu sah dah masak. Dah boleh digoreng atau buat pengat.
Namun jika nak buat kerepek pisang nangka, kenalah cari yang masih mengkal atau keras. Barulah sesuai. Oleh kerana harga pisang nangka agak murah, harga kerepek pisang nangka pun jauh lebih murah berbanding pisang tanduk.
So, kalau korang tak tahu nak beli pisang nangka kat mana, tujulah di Shopee. Insya Allah ada la tu. Saya pun beli pisang tanduk kat Shopee. Hehe..
1 Comments
Alhamdulillah. Siapa sangka kan, semua di hujung jari 😁
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.