Baca : GAMBAR LOKASI ....
Dinner Simple Dengan Sambal Totok. Sambal totok atau sambal tok tok adalah sambal ikan bilis dengan cili padi yang digoreng dan kemudian ditumbuk kasar bersama bawang goreng dan diperisakan dengan garam dan ajinomoto. Hmm.. makan dengan sayur rebus @ sayur bening sawi dan suhun. Nikmatnya rasa dia..
Sambal totok cili padi yang pedas giler tapi sedap sebab bercampur dengan bawang goreng dan bilis goreng. Tak perlu belacan tetapi sedap! Sambal totok tak perlu tumbuk halus, cukup sekadar biji cili tu hancur pun dah okay..
Kombinasi dinner kami adalah ayam goreng madu, telur mata, sayur rebus sawi bersama suhun. Sedap hinggakan bertambah pinggan makannya.. hihi
Anak-anak susah nak makan sayur, tapi bila masak bening atau rebus, makan pulak dia. Siap hirup kuahnya sampai kering periuk. Dah tahu dah kegemaran mereka, rupanya sayur rebus pun dah cukup buat mereka.
Bagusnya sayur rebus adalah ia tidak menggunakan minyak langsung. Serbuk perasa pun saya tak guna. Saya hanya letakkan sedikit garam, hirisan bawang merah dan bawang putih. Semua bahan masuk sekaligus ketika air rebusan telah mendidih.
Korang cubalah, pasti sedap dan disukai oleh anak-anak.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.