Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jemput-Jemput Kentang Yang Rangup

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Jemput-Jemput Kentang Yang Rangup. Ala menu mudah ni sesiapa pun boleh buat. Anak-anak sekecil 9 tahun pandai bila di ajarkan. Cuma yang bezakan rasanya adalah air tangan seseorang. Biasanya anak-anak tetap nak ibu dia yang buat. Betul tak? Ayat manis anak-anak adalah.. "ibu masak semua sedap! Maggi pun sedap.. kih kih.."

Jemput-Jemput Kentang Yang Rangup

Jemput-Jemput Kentang Yang Rangup

Bahan-bahan:

1 mangkuk tepung gandum
1 biji kentang - hiris dadu kecil
1 biji bawang besar - hiris
3 tangkai cili padi - hiris
Air bancuhan garam secukupnya
1 sudu makan soda bikarbonat

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan bahan hiris ke dalam tepung. Gaul rata. Maaukkan juga soda bikarbonat.

2. Bancuh dengan air garam secukupnya hingga adunan menjadi cair sedikit, sebab nanti nak tambah air panas.

3. Masukkan sedikit air panas menggelegak ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.

4. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Sentiasa bolak balik kan jemput-jemput dalam kuali supaya masak sekata.

Siap dan boleh dihidang. Makan dengan sos atau sambal kicap pun sedap!

Jemput-Jemput Kentang Yang Rangup

Jemput-Jemput Kentang Yang Rangup

Kalau korang tak nak letak soda bikarbonat pun tak apa. Nanti jemput-jemput tu rangup dan lembut juga sebab ada kentang di dalamnya. Lagipun kita ada bubuh ait panas yang mengelegak tadi, jemput-jemput akan jadi rangup tetapi lembut di dalam.

Selamat mencuba menu mudah dan selalu buat ni... hehe

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close