Baca : SHARE & EARN RM20 ....
Jeruk Limau Kasturi Asam Boi. Masamnya tak terkata!! Haha.. nasiblah siapa yang tertipu kononnya jeruk limau kasturi bila digaul dengan asam boi akan jadi manis. Saya dah buat. Macam-macam cara tetapi tetap masam giler rasa limau kasturi tersebut!
Hasil kejadian jeruk limau kasturi asam boi dengan kuah petis. Haha.. mudah sangat. Tapi kalau uolss rajin, boleh je korek biji dia. Tapi I malas okay.. nasiblah siapa makan tergigit biji limau. Pahit tu ..
Bahan-bahan :
20 biji limau kasturi
2 sudu makan gula
Secubit Garam
Serbuk asam boi
Kuah rojak petis, kalau tak ada tak apa
Cara-cara;
1. Kopek semua limau kasturi, belah sediikit untuk buang bijinya
2. Kemudian gaul rata dengan semua bahan
3. Biarkan 1 jam supaya semua bahan meresap
4. Siap dimakan dengan masamnya
Saya simpan dalam peti ais dan makan bila musim panas, atau rasa letih seharian bekerja. Makan sebiji dia punya segar mata sampai tak boleh tidur (sebab masam.. hehe)
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.