Baca : GAMBAR LOKASI ....
Kerepek Pisang Tanduk Buat Sendiri. Dah lama tak buat kerepek pisang tanduk. Bila dapat stok pisang tanduk yang dah matang tapi belum masak, baiklah kita buat kerepek. Buat pun ala cincai je, kita sagat atas kuali panas. Baru lah kejadian kerepek tu elok je. Sedang menunggu kerepek pisang masak kekuningan, tabur air garam dalam kuali, atas kerepek tersebut. Kemudian kacau rata. Insya Allah masin secukup rasanya.
Hasil kejadian kerepek pisang tanduk adalah seperti di bawah. Jangan senyum ya! Walau warna tak cantik, rasanya tetap rangup dan secukup masin.
Dalam kuali nampak elok cantik kejadian kerepek pisang tanduk saya. Boleh la.. buat ratah depan TV. Makan anak beranak je.. kih kih
Puncanya saya beli pisang tanduk kat Shopee. Hehe.. beli 3 ketul. Panjang-panjang saiz dia. Jadi saya ambil satu batang dan buat kerepek. Dah lama tak buat. Nasib baik masih ada skill nya. Rangup kejadiannya tapi warna ada gelap sikit. Terlebih lama gorengnya..
Kalau korang nak cuba buat sendiri macam saya, boleh ikuti resepinya di bawah SINI...
Resepi : Kerepek Pisang Tanduk
Selamat mencuba!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.