Baca : GAMBAR LOKASI ....
Khasiat chia seed. Korang biasa tak dengan chia seed? Dah dari 4 tahun lepas saya minum air chia seed @ bijirin chia yang dipanggil super food ini. Tapi dulu minum seminggu sekali je. Kini, ada banyak air dalam botol yang diperbuat dengan campuran biji Chia. Ada juga minuman kesihatan chia seed, korang kena rajin Google.. bersepah info dia. Semenjak diviralkan semula di tiktok, ramai la kesedaran pada pengguna yang inginkan kesihatan yang terbaik. Maka, saya pun dah mula displin minum air chia seed, lemon dan madu suam setiap pagi. Dengan anak bujang sekali saya kerjakan. Yang paling nyata kesannya adalah saya dah boleh membuang air besar dengan lawasnya. Nampaknya air chia seed ni sesuai dan serasi dengan saya.
Biji Chia juga mengandungi kalsium, magnesium, phophorus dan protein yang tinggi. Ia dipercayai dapat membantu menguatkan struktur gigi dan tulang agar lebih sihat dan kuat. Tumbuhan ini juga boleh dijadikan sebagai sumber alternatif bagi mendapatkan zat kalsium bagi individu yang kurang minum susu.
Bila dah minum air chia seed, kenalah tahu khasiatnya. Jom kita tengok dulu khasiat chia seed. Antaranya:-
1. Dapat menahan rasa lapar
2. Membantu mengecilkan perut yg búncit
3. Menurunkan berà t badan
4. Menguatkan imun system dlm bdn
5. Menyembuhkan sembelit & perut kembung
6. Mampu mengubati bà tuk
7. Meredakan stress
8. Meredakan gangguan pernafasan ( asma & bronchitis )
9. Menurunkan kadar gula dlm badan
10. Menguatkan tulang
11. Menyembuhkan sà kit gigi dan kepala dan byk lagi
Itulah antara senarai khasiat chia seed yang berkaitan dengan kesihatan. Biji Chia seed ada banyak di jual di Shopee atau mana-mana ejen minuman kesihatan. Harganya pun murah dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama. Saya beli terus 2 pack dan masih lagi tak habis hingga kini 🥰😀
Chia seed yang dah kembang dan sedia digunakan. Berbeza dengan biji selasih, chia seed saiz biji lebih halus dan tidak berapa jernih bila telah kembang. Namun rasanya sama je dengan biji selasih bila telah dibancuh bersama dengan perisa lain.
Tak tahu cara nak bancuh chia seed? Senang je. Ambil satu cawan chia seed, masukkan dalam mangkuk yang agak besar. Sebab biji chia seed ni akan kembang bila telah di rendam dengan air. Lepas tu rendam dengan air suam. Kacau rata lebih kurang 3 minit. Bila pekat sangat, tambah air lagi. Bila dah sejuk simpan dalam peti ais.
Bila nak guna, ambil sesudu dan campur dengan sesudu jus lemon dan juga madu. Kacau rata dalam bancuhan 1 gelas air panas. Kacau seketika biar jus lemon dan madu sebati rasanya. Dah siap! Boleh diminum ..
Satu hari minum sekali je air bancuhan chia seed ni tau, itu pun dah cukup.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.