Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rasa Malu Dan Iman Adalah Seiringan

Baca : GAMBAR LOKASI ....

Rasa Malu Dan Sedikit Bicara Adalah Iman. Rasa Malu Dan Iman Adalah Seiringan. Bila salah satunya hilang, maka pincanglah seluruhnya. Iman letaknya di syurga. Sebab itu berakhlak lah selayaknya agar kita dapat menjadi ahli syurga yang dikasihi oleh Allah. Malu besar nilainya kepada orang yang faham tentang tujuan hidup. Jangan buang rasa malu hanya kerana mahukan pujian dunia. Nikmat dan indah dunia hanyalah tipu daya. Akhirat jua yang kekal selamanya!

Rasa Malu Dan Iman Adalah Seiringan

Saya kongsikan beberapa potong sabda Rasulullah SAW berkaitan malu dan iman. 

1. Daripada Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Rasa malu sebahagian daripada iman. Iman pula tempatnya di syurga. Celupar sebahagian tabiat buruk  dan tabiat buruk tempatnya di neraka." (Riwayat Ahmad at-Tarmizi dan Ibnu Hibban).

2. Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata Rasulullah SAW betsabda, "Rasa malu dan sedikit bicara adalah dua cabang iman. Celupar dan bercakap kosong adalah dua cabang kemunafikan." (Riwayat at-Tarmizi) 

Rasa Malu Dan Iman Adalah Seiringan


3. Daripada Zaid bin Thalhah bin Rokanah secara marfu', Rasulullah SAW bersabda, "Setiap agama memiliki nilai akhlak. Akhlak islam adalah perasaan malu." (Riwayat Imam Malik)

4. Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Malu dan iman seiringan. Oleh itu apabila salah satu hilang, maka yang lain akan hilang. " (Riwayat al-Hakim)

5. Abu Ya'la meriwayatkan daripada Anas, "Mukin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya." 

Semoga bermanfaat dan renungi bersama-sama.



Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close