Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Bubur Merah Putih Mudah Dan Sedap

Resepi Bubur Merah Putih Mudah Dan Sedap. Bubur merah putih ni buatnya jarang -jarang iaitu bila ada majlis istimewa untuk ahli keluarga atau anak-anak berjaya dalam peperiksaan. Kiranya macam rasa bersyukur cara sederhana. Tak lupa berdoa atas pencapaian mereka. Dengan memasak bubur putih dan bubur merah ni menjadikan kita lebih bersederhana dalam kegembiraan. Tak perlu hadiah besar dan mahal, cukup dengan doa dan ingatan kecil penuh memori. Tapi swkiranya korang rindu nak makan bubur merah putih ni, bila masa je boleh buat. Caranya pun amatlah mudah dan kosnya murah.

Resepi Bubur Merah Putih Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan:

250 gram beras pulut, cuci dan rendam sejam, guna beras biasa pun boleh **
1 1/2 cawan santan kelapa sederhana cair
1 3/4 cawan air (untuk menanak pulut)
1 helai daun pandan, disimpul
3/4 cawan gula melaka, hiris*
1 cawan air*(*disatukan, masak hingga gula melaka larut dan tapis)
Gula pasir jika perlu
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya

CARA MEMBUAT BUBUR MERAH PUTIH 


1. Toskan pulut, masukkan ke dalam periuk, tuang air dan tambah daun pandan. Masak dengan api kecil hingga pulut masak, kacau sekali sekala.

2. Tuang santan kacau rata dan masak hingga mendidih. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air panas. 

3. Masak hingga pulut kembang, asingkan dalam 1/3 cawan dan tambah garam, anggaran 1/2 camca teh, kacau rata, ketepikan.

3. Baki pulut yang di dalam periuk tadi, dimasukkan air gula melaka. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih. 

4. Rasa dan jika kurang manis, boleh tambah sedikit gula pasir, yang ni ikut selera masing2 lah yea. Kalau bubur terlalu pekat, boleh tambah sedikit lagi air panas

5. Siap dan boleh di hidangkan. Cara menghidang sila tengok dalam gambar.. Hihi

Kalau anak bujang saya dia akan makan yang bubur merah je. Yang putih dia tak nak. Dia tak nak campur-campur.. Hmm.. iya la nak, suka hati la 😁😅

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close