Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sup Suhun Dengan Telur

Resepi Sup Suhun Dengan Telur. Inilah resepi paling segar pada ketika kita tak ada selera makan. Iaitu sup suhun dengan telur. Lepas tu makan dengan sambal totok. Ya Allah.. nikmat manakah yang nak didustakan? Makan 2 pinggan tak cukup, tak sesuai untuk orang nak berdiet. Hehe.. iya ke? Boleh je kalau nak diet dengan sup suhun. Jangan ambil nasi, makan sup je. Insya Allah kenyang.

Resepi Sup Suhun Dengan Telur

Resepi Sup Suhun Dengan Telur


Bahan-bahan:

2 bungkus kecil suhun - direndam
2 keping tahu kering - direndam, potong kecil
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
5 biji telur
2 tangkai daun sawi - hiris sederhana kecil
2 biji kentang - potong dadu saiz besar
Rempah 3 serangkai
1 bunjut rempah sup

Cara penyediaan:

1. Tumis rempah sup 3 serangkai iaitu kayu manis, bunga lawang, buah pelaga sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan hiris. Dan biarkan seketika.

2. Masukkan 2 cawan air. Masukkan sup bunjut dan kentang serta biarkan hingga empuk.

3. Pecahkan telur satu persatu. Untuk bentuk sup telur yang cantik, pecahkan telur dalam senduk beberapa ketika. Buat satu persatu.

4. Akhir sekali masukkan suhun dan tauhu kering. Kacau sekata. Masukkan daun sawi dan perisakan dengan garam.

Siap untuk dihidangkan.

Resepi Sup Suhun Dengan Telur

Resepi Sup Suhun Dengan Telur

Nampak tak telur dalam sup tu? Sebiji sebiji dan tak pecah. Kalau ada pun, sikit je yang pecah.. saya pecahkan telur atas senduk kemudian lepaskan perlahan-lahan. Kena sabar la ya.. kalau nak hasil cantik 😅💖

Resepi Sup Suhun Dengan Telur

Kalau korang nak mencuba resepi sedap dan segar ini, silalah buat.. lagi sedap bila disediakan pada waktu sahur dalam bulan ramadan. Bulat mata dibuatnya bila dimakan panas-panas.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close