Baca : GAMBAR LOKASI ....
Sarapan Nasi Lemak Dengan Resepi Sambal Telur Special. Kami bekfes nasi lemak pagi tadi, dengan berlauk kan ayam goreng ala KFC dan sambal telur. Sambal telur special yang kami tiru resepi dari TikTok. Alhamdulillah.. menjadi dengan jayanya. Sedappp.. kat bawah ada resepinya.
Nasi lemak ni yang sedapnya adalah pada sambal. Bila sambal nasi lemak sedap, insya Allah semua jadi sedap.
Sambal telur special ni adalah cara saya buat sambal dia berbeza dari biasa. Saya ikut resepi dari Tik Tok.. memang sedap kejadiannya
Bahan-bahan:
1 mangkuk besar cili blender, yang dicampur bersama 1 ulas bawang putih dan sedikit minyak masak. Bagi hancur segala biji...
Lepas tu 4 biji bawang besar hiris nipis dan halus
Garam dan gula secukupnya
1 keping asam keping
10 biji telur rebus
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang hingga masak, dalam 1/2 jam. Minyak kena banyak ya, (nanti bila dah masak boleh buang minyak yg lebih tu..) - lama-lama bawang jadi lembut, dan sebati dengan cili
2. Masukkan cili kisar tadi. Kacau rata dan biarkan hingga naik minyak.
3. Masukkan asam keping, 1 senduk gula, garam dan serbuk perisa secukupnya.
4. Last sekali masukkan telur rebus. Kacau dan matikan api.
5. Siap untuk dihidangkan. Sambal akan tahan lama sebab kita dah masak lebih 1 jam tadi.
You all tahu lah cuti sekolah ni budak sorang tu kuat makan. Kena masak lebih. Tak pa la, kita bagi chance. Selera betul tengok dia makan. Sambal special tu habis satu mangkuk dia kerjakan. Dia pun perasan rasa sambal telur tu lain dari biasa.
Korang ikut je bahan dan cara masak sambal special tu. Resepi tu pasti menjadi, insya Allah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.